PUTRAJAYA, 9 FEB: Kadar pengangguran di Malaysia kekal 3.6 peratus pada Disember 2022 dengan bilangan penganggur menurun kepada 599,600 orang berbanding 600,900 orang pada bulan sebelumnya, menurut Statistik Tenaga Buruh Malaysia Suku Tahun Keempat dan Disember, yang dikeluarkan hari ini.